Antara pembentangan yang menarik perhatian saya sepanjang berlangsungnya Kolokium yang dibentangkan oleh pelajar DPLI Ambilan Januari 2009 ialah:
3.1. MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI, SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR
Nama pembentang :
AISYATULASYIQAH BT MOHAMED P48594
Tujuan kajian
Tujuan kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menghayati subjek Pendidikan Islam terutamanya dalam bahagian ibadah.
Metodologi kajian
i) Menggunakan kumpulan Sasaran / Sampel- sampel terdiri daripada seramai 29 orang pelajar dari kelas Tingkatan Satu Marikh yang majoriti mempunyai pencapaian yang tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.
ii) Tempoh kajian dilaksanakan sebanyak dua sesi iaitu dua kali perjumpaan dalam masa seminggu. Setiap perjumpaan mengambil masa selama 1 jam. Perjumpaan dibuat selama dua minggu iaitu empat kali perjumpaan.
iii) Menggunakan kaedah instrumen kajian melalui kaedah simulasi- guru menunjukkan cara yang betul di hadapan kelas dan seterusnya meminta murid melakukan semula di hadapan kelas. Kaedah simulasi dilihat sebagai kaedah yang berkesan terutamanya dalam pengajaran topik yang memerlukan praktikal dari pelajar kerana pelajar lebih mengingat segala fakta yang dikemuka kan dalam topik yang diajarkan.
Kaedah kajian
i) Menggunakan kaedah simulasi iaitu guru menunjukkan cara yang betul cara-cara menyucikan najis iaitu najis mukhaffafah, najis mutawassitah dan najis mughallazah.
ii) Pelajar menjawab kuiz yag disediakan oleh guru.Kuiz yang disediakan oleh guru adalah berdasarkan kepada topik-topik yang diajarkan pada hari tersebut sebagai cara pengayaan kepada pelajar tentang topik yang telah dipelajari.
iii) Pelajar diminta membuat simulasi berdasarkan soalan yang diberikan di hadapan kelas.Teknik pengajaran ini memerlukan murid-murid bertindak secara spontan melalui pengalaman lepas dan situasi yang pernah dialami. Keadaan ini akan ndalam lakonan tanpa bantuan skrip.
Sampel kajian
i) Kajian ini telah dijalankan terhadap seramai seramai 29 orang pelajar dari kelas Tingkatan Satu Marikh yang majoriti mempunyai pencapaian yang tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.
Pengumpulan dan Penganalisisan data:
i) Penilaian Kendiri - Semua rekod dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran di catat di dalam buku persediaan mengajar bagi melihat penerimaan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalanka. Ianya penting untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga guru yang mengajar. Penilaian kendiri atau refleksi untuk mengetahui dan memperbaiki kelemahan pengajaran sama ada dari cara pengajaran guru atau kelemahan pelajar itu sendiri. Selepas itu penambahbaikan pengajaran yang seterusnya.
ii) Pemerhatian - Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi melihat keberkesanan kajian yang dijalankan yang dilakukan pada kitaran yang 1 dan 2.
iii) Temubual tidak berstruktur - Temubual dilakukan antara pengkaji dengan pelajar, pengkaji dengan rakan guru yang lain yang bertujuan untuk mengetahui kaedah pengajaran guru serta pandangan guru terhadap tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
iv) Pengumpulan data secara kualitatif - Sesi soal jawab dan kuiz secara lisan di dalam kelas dicatat dan data tersebut dianalisis secara manual.Pengumpulan data ini dapat melihat sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data-data yang diperoleh dari sesi soal jawab dan kuiz itu juga dijadikan sebagai penanda aras untuk melihat keberkesanan teknik pengajaran yang dijalankan dalam sesuatu topik yang tertentu.
Implikasi kajian:
i) Perubahan tingkah laku pelajar dari tidak berminat dengan subjek tertentu dalam Pendidikan Islam kepada berminat untuk mengetahui konsep-konsep yang terdapat di dalam topik yang diajarkan kepada mereka.
ii) Pelajar lebih mudah faham mengenai teori yang diajarkan oleh guru kerana guru mereka menggunakan kaedah simulasi supaya mereka lebih faham dan ingat teknik-teknik yang diajarkan oleh guru mereka.
iii) Potensi pelajar dalam mengingat fakta lebih meningkat melalui peningkatan markah kuiz yang dijalankan.
Refleksi:
Dari pembentangan kajian tindakan yang dibentangkan memberi input yang berkesan kepada saya bahawa teknik pengajaran menggunakan kaedah simulasi adalah salah satu teknik pengajaran yang memerlukan murid-murid bertindak secara spontan melalui pengalaman lepas dan situasi yang pernah dialami. Keadaan ini akan diaplikasikan dalam lakonan tanpa bantuan skrip.Murid-murid akan berinteraksi dalam kumpulan atau interaksi antara individu dalam kumpulan tersebut dengan bantuan guru. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Kaedah ini juga dapat menggalakkan budaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan tidak hanya tujuan belajar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
3.2. MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP SIRAH DAN TAMADUN ISLAM DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN TAYANGAN VIDEO
Nama pembentang:
Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004
Tujuan kajian
Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam pelajar tingkatan satu SMKA Sultan Muhammad melalui pendekatan tayangan video pembelajaran.
Metodologi kajian
i)Perancangan- Perancangan yang dilakukan adalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Aktiviti yang dirancang adalah berkaitan dengan topik yang akan diajarkan dan ia dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Bagi pengkaji perancangan merupakan satu aspek yang paling penting sebelum memulakan sesuatu P&P kerana ia akan menentukan pencapaian objektif pengajaran pada hari tersebut.
ii) Pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji adalah melalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas sepanjang proses P&P dijalankan. Selain itu juga,pengkaji juga menggunakan kaedah rakaman video untuk melihat tingkahlaku pelajar di dalam kelas dan kaedah temubual bersama pelajar.
iii)Semasa pelaksanaan - Semasa P&P dijalankan, kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan kaedah tayangan video. Dengan kaedah ini, pengkaji mengandaikan dapat melihat kebolehan pelajar memahami topik yang diajarkan oleh guru.Kaedah lain yang digunakan juga adalah seperti perbincangan dan pembentangan. Dalam kaedah perbincangan ini, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.Pendekatan ini amat sesuai digunakan kerana dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.
iii)Di dalam peringkat pelaksanaan ini juga, kaedah lain yang turut digunakan oleh pengkaji ialah melalui pemerhatian guru terutamanya dari segi reaksi dan tingkahlaku pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam. Selain itu juga rakaman video dan
respon rakan pengkaji juga dijadikan salah satu bentuk kaedah kajian dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
iv) Peringkat terakhir dalam kajian ini ialah dari aspek penilaian dan refleksi yang melibatkan Analisis Data dari segi pemerhatian guru, rakaman video dan temubual pelajar untuk melihat keberkesanan kaedah tayangan video dalam pengajaran Pendidikan Islam.
Dapatan kajian.
Dari pemerhatian pengkaji, mereka mendapati pelajar kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton video yang ditayangkan oleh guru mereka. Dari aktiviti pembentangan pula menunjukkan pelajar aktif memberikan rumusan dan pendapat
pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik di samping membudayakan budaya berfikir secara kritis dan kreatif dalam menjawab persoalan yang dikemukan semasa pembentangan. Dari segi susun atur dan kawalan kelas juga dapat dipantau oleh guru kerana semasa pengaplikasian kaedah tayangan video ini dijalankan di dalam kelas
kedudukan meja dan kerusi yang teratur dan kesan audio dan visual lebih baik telah memberi kesan yang lebih positif.
Jika dilihat dari rakaman video yang dilakukan oleh guru, pengkaji mendapati terdapat perubahan tingkah laku terhadap pelajar tersebut terutamanya dari segi tumpuan yang diberikan semasa sesi P&P dijalankan. pelajar dilihat lebih mudah memahami topik yang di sampaikan oleh guru mereka. Dari mimik muka juga dapat mengambarkanbahawa mereka berasa seronok dan teruja dengan aktiviti tayangan video dan ini secara langsug dapat memupuk minat mereka terhadap topik yang diajarkan walaupun sebelum ini topik tersebut agak membosankan.
Hasil temubual yang dilakukan oleh guru juga menunjukkan respon positif dari pelajar. Kebanyakkan pelajar menyatakan rasa seronok mereka melalui aktiviti tayangan video kerana mereka lebih mudah faham dan ingat tentang topik yang di pelajari.
Refleksi:
Penggunaan kaedah tayangan video ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menarik diaplikasikan oleh guru terutamanya untuk mengajar topik-topik yang agak membosankan bagi pelajar seperti mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Sains dan sebagainya. Penggunaan video yang kreatif dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan perhatian dan dapat mengawal kelas dari keadaan bising ekoran tidak berminat dengan gaya pengajaran guru yang agak konvensional iaitu teknik syarahan. Dari kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini, dapat memberikan inspirasi kepada saya unutk mengubah corak pengajaran yang agak membosankan kepada gaya pengajatan yang lebih menarik dan dapat menarik perhatian pelajar supaya mengikuti sesi P&P dari awal hinggalah ke penghujung. Pencapaian objektif pengajaran juga amat penting dalam proses P&P kerana ia akan menentukan corak pengajaran guru tersebut boleh diguna pakai atau sebaliknya pada masa akan datang.
Sunday, November 1, 2009
Tugasan 3: Laporan Kolokium DPLI - Ambilan Januari 2009
Posted by Lina Binti Mili at 2:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment