Salah satu altenatif yang boleh diambil kira dalam memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia ialah melalui peranan guru-guru dalam menjalankan kajian tindakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Antara sebab mengapa kajian tindakan ini penting ialah :
- Peranan guru itu sendiri yang bertindak sebagai penyiasat dan agen perubahan tingkah laku, maka kajian tindakan harus dijalankan supaya dapat melihat sendiri isu-isu yang wujud dalam proses mengubah tingkah laku murid.
- Mencari kaedah terbaik untuk menjalakan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Meningkatkan mutu pendidikan supaya seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
- Meningkatkan kualiti modal insan melalui pendidikan yang kreatif, inovatif dan berkualiti.
- Mengetahui masalah yang timbul dalam dunia pendidikan (isu pendidikan dalam Malaysia amnya) dan cuba mencari jalan penyelesaian supaya dapat diaplikasikan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
- Mengenalpasti kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dan menjana idea untukmenambah baik proses P&P yang sedia ada.
- Membina kemahiran di kalangan guru-guru supaya sentiasa berusaha menjalankan penyelidikan untuk melihat sejauh mana keberkesanan proses P&P yang telah dijalankan di dalam kelas.
- Memperbaiki kelemahan yang ada dengan menggunakan pendekatan-pendekatan baru melalui kajian yang telah di jalankan untuk mengelakkan proses P&P yang terlalui stereotaip.
- Menambahkan pengetahuan para guru terutamanya guru novis terhadap perspektif/isu-isu dalam pendidikan. Pengetahuan yang sedia ada dikembangkan untuk menjalankan kajian terhadap pemasalan-pemasalahan yang wujud dalam pendidikan terutamanya dalam menjalankan kajian tindakan terhadap proses P&P.
- Sebagai salah satu membudayakan pendidikan sepanjang hayat kepada guru-guru iaitu paraa guru sentiasa berusaha untuk mengkaji / meneliti setiap masalah yang timbul dalam proses pembentukkan sosial dan sahsiah pelajar supaya seimbang dari JERIS mereka.
0 comments:
Post a Comment