? ??????????????Hawaii? ????? ?? ???Rating: 4.4 (124 Ratings)??1 Grab Today. 25293 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Van Gogh? ????? ?? ???Rating: 3.6 (49 Ratings)??1 Grab Today. 4268 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dand BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 26, 2009

Tugasan 1: Mengapakah kajian tindakan penting dalam pendidikan?

Salah satu altenatif yang boleh diambil kira dalam memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia ialah melalui peranan guru-guru dalam menjalankan kajian tindakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Antara sebab mengapa kajian tindakan ini penting ialah :

  1. Peranan guru itu sendiri yang bertindak sebagai penyiasat dan agen perubahan tingkah laku, maka kajian tindakan harus dijalankan supaya dapat melihat sendiri isu-isu yang wujud dalam proses mengubah tingkah laku murid.
  2. Mencari kaedah terbaik untuk menjalakan proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Meningkatkan mutu pendidikan supaya seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  4. Meningkatkan kualiti modal insan melalui pendidikan yang kreatif, inovatif dan berkualiti.
  5. Mengetahui masalah yang timbul dalam dunia pendidikan (isu pendidikan dalam Malaysia amnya) dan cuba mencari jalan penyelesaian supaya dapat diaplikasikan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
  6. Mengenalpasti kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dan menjana idea untukmenambah baik proses P&P yang sedia ada.
  7. Membina kemahiran di kalangan guru-guru supaya sentiasa berusaha menjalankan penyelidikan untuk melihat sejauh mana keberkesanan proses P&P yang telah dijalankan di dalam kelas.
  8. Memperbaiki kelemahan yang ada dengan menggunakan pendekatan-pendekatan baru melalui kajian yang telah di jalankan untuk mengelakkan proses P&P yang terlalui stereotaip.
  9. Menambahkan pengetahuan para guru terutamanya guru novis terhadap perspektif/isu-isu dalam pendidikan. Pengetahuan yang sedia ada dikembangkan untuk menjalankan kajian terhadap pemasalan-pemasalahan yang wujud dalam pendidikan terutamanya dalam menjalankan kajian tindakan terhadap proses P&P.
  10. Sebagai salah satu membudayakan pendidikan sepanjang hayat kepada guru-guru iaitu paraa guru sentiasa berusaha untuk mengkaji / meneliti setiap masalah yang timbul dalam proses pembentukkan sosial dan sahsiah pelajar supaya seimbang dari JERIS mereka.