? ??????????????Hawaii? ????? ?? ???Rating: 4.4 (124 Ratings)??1 Grab Today. 25293 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Van Gogh? ????? ?? ???Rating: 3.6 (49 Ratings)??1 Grab Today. 4268 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dand BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 19, 2009

Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Check out this SlideShare Presentation:

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1 Ulasan Buku (pemsalahan masalah)

Berdasarkan buku Using Action Research To Improve Instruction: An Interactive Guide for Teachers
oleh John E. Henning, Jody M. Stone & james L. Kelly

Perancangan yang dlakukan dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:
1. meneliti persoalan kajian dengan membuat refleksi terhadap tingkah laku pelajar, mengenalpasti masalah dan keperluan di dalam kawasan kajian.
2. mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme
3. mengenalpasti kajian lepas dan dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
4. mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang diperlukan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran.

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13 : - Tugasan 4 Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:

1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)
2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian

**Mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan/ objektif/ soalan kajian.


1. Teknik Demonstrasi


Teknik ini disebut juga sebagai teknik tunjuk cara. Ia melibatkan satu cara pengajaran yang membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, teknik ini boleh digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid-murid bertutur dengan menggunakan ayat dengan betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan terutamanya dalm pembelajaran Bahasa Melayu, guru boleh meminta murid-murid menunjukkan menggunakan IT untuk mencari bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki. Untuk mendapatkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, ciri-ciri penting yang berkaitan dengan teknik ini perlulah di beri perhatian:

Tentukan objektif dan isi atau kandungan tunjuk cara yang hendak digunakan. Sebaik-baiknya, guru perlu mempunyai maklumat mengenai pengetahuan dan kebolehan murid sedia ada. Sediakan soalan-soalan untuk mengalakkan mereka bercakap.

  • Guru harus menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.
  • Guru sepatutnya mencuba dahulu tunjuk cara tersebut. Ini penting kerana guru boleh membuat persediaan, memperuntukkan masa dan kemungkinan dapat meramalkan masalah-lmasalah yang akan timbul.
  • Guru perlu memikirkan supaya tunjuk cara yang akan dijalankan itu dapat dilihat dan diikuti oleh semua murid.
  • Tunjuk cara tersebut boleh dilakukan oleh guru atau murid-murid lain. Sewaktu tunjuk cara ini dijalankan, murid-murid lain memerhati dengan teliti. Mereka boleh menyoal jika perlu. Selepas tunjuk cara selesai, murid-murid lain boleh diminta melakunya sekali lagi.
  • Dalam perbincangan itu nanti, bincangkan perkara-perkara penting, minta soalan-soalan daripada murid, nilaikan perkara-perkara yang telah dipelajari dan sebagainya.

2. Teknik Penyoalan

Teknik bersoal jawab adalah satu cara yang biasa digunakan oleh guru untuk mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan.Teknik ini menjadi teras kepada konsep ,kesanggupan untuk memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri di kalangan murid-murid.

Teknik ini digunakan oleh guru untuk mengemukakan soalan dan murid memberi respon yang sewajarnya. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru untuk merancang soalan-soalan yang sesuai.Teknik bersoal jawab mementingkan perkara-perkara berikut:
a) Soalan yang dikemukakan mesti jelas.
Soalan-soalan yang diberi mesti tidak menimbulkan keraguan dan mengelakkan pelajar memberi jawapan-jawapan yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid.

b) Hentian dan cepat atau lambat perlu diberi penekanan.
Selepas menyoal guru perlu berhenti sekejap untuk melihat reaksi kelas.Mengangkat tangan adalah reaksi normal untuk menjawab soalan tetapi sebelum itu ada tanda-tanda lain yang perlu diberi perhatian.

c) Soalan-soalan yang diberikan mesti tersebar dengan baik
Guru perlu mengelakkan menyoal soalan kepada seorang murid sahaja dan perlu memerhatikan murid yang berada dibelakang dan ditepi kelas.

d) Soalan yang diberikan mestilah bersifat mencungkil.
Guru perlu membantu murid mengeluarkan jawapan yang betul. Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalan-soalan tersebut secara mendalam dan berkesan.

e) Soalan yang baik biasanya tidak mengandungi maklumat yang banyak kerana soalan-soalan ini akan mengelirukan.

4. PENGAJARAN BERPANDUKAN KOGNITIF (CGI- Cognitively Guided Instruction)
Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran Bahasa Melayu yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.
Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal dan bagaimana mereka boleh berfikir secara matematikal. Dalam pengajaran berpandukan kognitif guru perlu memahami strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal. Mungkin terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh pelajar. Contohnya mereka cuma meneka sahaja atau menyelesaikan secara cubajaya (try and error) tanpa panduan tertentu. Walaupun pendekatan ini tidak secara formal tetapi guru perlu memahami strategi-strategi tersebut bagi menjamin pelaksanaan CGI.


Teori Konstrukvisme
Menurut Bruner (1985) dan Von Glaserfeld (1980) konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia dan berpegang kepada konsep melalui pengalaman sedia ada pelajar yang akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan. Dengan lain perkataan, teori ini menjelaskan bahawa setiap manusia akan menjana prinsip kefahaman dalam minda sebagai model mengikut pengalaman sedia ada supaya ia boleh disesuaikan dengan pengalaman baru yang akan diterima. Ia juga melibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir seperti menganalisis, mengintegrasi, dan membuat refleksi serta membentuk kefahaman baru tentang sesuatu konsep dengan mengintegrasi pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru.


Dalam persekitaran pengajaran-pembelajaran konstruktivisme yang menekankan pengajaran-pembelajaran berpusatkan pelajar, guru berperanan membantu membina kefahaman pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran agar mereka dapat mempelajari sesuatu pelajaran dengan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.(Von Glasersfeld, 1996; Neo dan Neo, 2002; Hirumi, 2002; Coombs dan Wong, 2000). Menurut teori ini, pembelajaran adalah hasil usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka.

Maka, pelajar bertanggungjawab mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah supaya mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi hanya sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari dan seterusnya mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, pelajar yang dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme ini dapat belajar bagaimana menyerap dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan yang sedia ada (Wong et al., 2003).




2. Bina kerangka operasional/ kerangka teoritikal/ kerangka konseptual

a) Kerangka operasional

Definisi Kerangka Operasional Kajian Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian. Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.


b) Kerangka konseptual


Definisi Kerangka Konseptual
Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah. Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.

c) Kerangka teoritikal

Definisi Teoritikal Kajian

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki. Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

Kerangka Teoritikal yang digunakan ialah:


a) Teori Metakognitif
merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak untuk memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran, dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan.
Mayor (1977)~ mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaikan masalah.


b) Teori pembelajaran berstruktur-

Melibatkan cara yang formal untuk menyampaikan kandungan pembelajaran-Melibatkan teori kognitif-Melibatkan kaedah untuk mengenalpasti pengetahuan dan gelagat seseorang-Merupakan satu teori pengajaran guru yang dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.Teori menyatakan bahawa setiap input akan menghasilkan output. Input boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, konsep, proses atau idea. Apa-apa sahaja elemen input dan output akan menunjukkan sebagai hirarki sesuatu elemen. Ini bermaksud, sesuatu input itu adalah dikatakan sebagai pemboleh ubah (variable) manakala, output pula merupakan nilai unik yang terhasil daripada proses (operational) yang juga dikenali sebagai hukum (Strutural Learing Theory’s rules ).

c) Teori Pembelajaran Tingkahlaku

Teori pembelajaran tingkahlaku mentafsirkan pembelajaran sebagai satu perubahan di dalam tingkahlaku seseorang dalam suatu situasi. Teori ini mementingkan hubungan antara sebab dan akibat atau rangsangan gerak balas. Teori ini sesuai digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kepada pelajar serta membina kemahiran-kemahiran dikalangan pelajar di mana pengetahuan dan kemahiran yang diajar dibahagikan kepada beberapa unit-unit kecil kemudian disampaikan satu demi satu dan diperkukuhkan secara sistematik sehingga prestasi pelajar mencapai pada tahap yang diingini. Perubahan tingkahlaku dapat dilihat dengan menyediakan ganjaran untuk prestasi yang baik dan hukuman untuk yang sebaliknya.

Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.
Tugasan Teknologi Maklumat Melalui Perdekatan Kontekstualisme
Matlamat Kajian:
Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.
Objektif Kajian:
1) Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat
2) Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
3) Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.
Pernyataan Masalah:
1) Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
2) Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
3) Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Aktiviti 11 : Ulasan Jurnal

Berdasarkan 3 jurnal:

1. Apa pernyataan masalah dalam Kajian?
2. Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah?
3. Bincang, bentang dan laporkan.


Jurnal 1 :

Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers
oleh:
Alcione N. Ostorga
Veronica Lopez Estrada
University of Taxes-Pan America
Masalah kajian yang dapat dikenal pasti di dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini ialah:

1. Pelajar dilihat tidak memahami topik pengajaran di dalam kelas melalui kaedah kuliah. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.
2. Pengkaji mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading) mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakkan guru-guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari.
Kaedah pengkaji melaporkan kajian?
Jurnal 2 :

Action Research In The Secondary Science Classroom: Student Response To Differentiated, Alternative Assessment

Oleh:
Faith H. Waters
Patricia S. Smeaton
Todd G. Burns
Pemasalahan kajian yang dikenal pasti di dalam kajian ini adalah untuk mengetahui tentang persepsi pelajar tentang penggunaan model pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan pelbagai semasa menjalani proses P&P di dalam kelas. Dapatan dari kajian ini didapati kebanyakan pelajar lebih berminat dalam P&P apabila penggunaan model pengajaran yang berbeza dan pelbagai digunakan berbanding dengan cara pengajaran tradisional semasa di dalam kelas
Kaedah pengkaji melaporkan kajian?
Jurnal 3 :

The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge

Oleh:
Marilyn Joshua
Source = HW: Wilson
a) Pelajar mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis dan kurangnya minat untuk belajar terutamanya topik yang diajarkan oleh guru.
b) Kajian dilakukan untuk mengkaji penggunaan gambar bersama "prompt" dan menulis menggunakan "prompt" sahaja.
Kaedah pengkaji melaporkan kajian?

Thursday, December 3, 2009

Tugasan 4 Mini kajian Tindakan: Aktiviti 9 Matlamat kajian, Objektif, Bentuk Soalan kajian


Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah

Matlamat Kajian:

Memberi pengukuhan dan kekuatan terhadap kemahiran asas pelajar dalam bidang teknologi maklumat agar boleh menjadi sumber penghasilan tugasan Bahasa Melayu dan perdagangan yang lebih bermutu.

Objektif Kajian:

1. Meneroka tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat.
2. Menilai penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
3. Mencungkil daya kreatif dan inovasi pelajar dalam mencorakkan penggunaan teknologi maklumat.


Soalan kajian:

1. Bagaimana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah
2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap proses P&P dengan pengaplikasian teknologi maklumat.
3. Sejauh mana pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar dalam teknologi maklumat dapat membantu pembelajaran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan Perdagangan di sekolah.

Saturday, November 21, 2009

Tugasan 4 Mini kajian tindakan :Aktiviti 8 Cadangan Mengatasi kelemahan pengajaran

Cadangan Mengatasi Kelemahan Dalam Kajian "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
  1. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk memikat minda pelajar untuk meminati dunia teknologi maklumat dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
  2. Kolaborasi dengan pihak pentadbir dan pengurusan sekolah untuk menganjur dan melaksanakan kursus pencarian maklumat. Kursus-kursus jangka pendek untuk guru-guru dan para pelajar dapat memberi pendedahan untuk diaplikasikan dalam P&P. Kesedaran pihak sekolah dalam membudayakan budaya IT dikalangan warga sekolah dapat megurangkan warga yang buta IT atau tiada kemahiran asas IT untuk mempersiapkan diri dalam persaingan era globalisasi zaman sekarang yang serba canggih dan memerlukan warga yang celik IT dan berpotensi menggunakan kemahiran yang sedia.
  3. Pengawalan pihak guru ketika pengajaran di makmal komputer bagi menggelakan para pelajar melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya semasa sesi P&P. Bantuan dari pembantu makmal diperlukan supaya
  4. Menggalakkan penglibatan para pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang IT (Kognitif, afektik, psikomotor) seperti memberi tugasan yang memerlukan penggunaan IT seperti power point semasa pembentangan, blogger untuk perbincangan atau e-learning.