Tajuk jurnal 1 :
Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers
oleh:
Alcione N. Ostorga
Veronica Lopez Estrada
University of Taxes-Pan America
a) Kajian Tindakan yang dijalankan:
Kajian yang dilakukan oleh 2 orang guru yang menjalankan kajian untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dijalankan oleh guru melalui kaedah pembacaan lisan (Round Robin Reading) di dalam kelas.
b) Tujuan kajian dijalankan:
i) memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi kajian berdasarkan kaedah pembacaan secara lisan dan mengaplikasikannya dalam kelas.
ii) mengkaji bagaimana guru menguba cara pengajaran mereka berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.
c) Masalah yang dihadapi:
- Pelajar dilihat tidak memahami topik pengajaran di dalam kelas melalui kaedah kuliah. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.
- Pengkaji mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading) mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakkan guru-guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari.
***Membaca menggunakan kaedah Round Robbin Reading (RRR) merupakan pendekatan secara memanggil nama pelajar secara rawak untuk membaca selepas seorang pelajar habis membaca dan pendekatan ini dilihat begitu berkesan.
b) Tujuan kajian
- Membantu guru untuk belajar mengenai kajian berdasarkan strategi membaca secara lisan dan melaksanakannya di dalam kelas semasa proses P&P dijalankan.
- Mengetahui bagaimana mereka (guru-guru) mengubah strategi pengajaran kepada corak pengajaran berlandaskan pengkajian.
Tajuk jurnal 2 :
Action Research In The Secondary Science Classroom: Student Response To Differentiated, Alternative Assessment
Oleh:
FAITH H. WATERS
PATRICIA S. SMEATON
TODD G. BURNS
Abstrak:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang persepsi pelajar tentang penggunaan model pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan pelbagai semasa menjalani proses P&P di dalam kelas.. Dapatan dari kajian ini didapati kebanyakan pelajar lebih berminat dalam P&P apabila penggunaan model pengajaran yang berbeza dan pelbagai digunakan berbanding dengan cara pengajaran tradisional semasa di dalam kelas
Pengenalan:
Jurnal ini membincangkan perkongsian pengalaman penulis iaitu seorang guru Sains sekolah menengah yang telah menggunakan pelbagai kaedah dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah menjalankan kaedah projek, pembentangan, persembahan dan sebagainya untuk menguji reaksi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dijalankan. Pengkaji telah menerangkan terlebih dahulu kepada sampel iaitu pelajar yang terlibat dalm P&P sebelum menggunakan kaedah tersebut di dalam kelas. Ini adalah sebagai langkah awal kepada pengkaji atau guru berkenaan supaya pelajar atau sampel lebih faham apa yang dipelajari.
Semasa pelaksanaan kaedah ini di dalam kelas, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dimintamenyelesaikan beberapa tugasan yang disediakan. Peranan guru dalam menyelesaikan tugasan hanyalah sebagai fasilitator atau pemerhati dan akan membuat pemantauan terhadap tugasan pelajar. Walau bagaimanapun, guru juga bertindak sebagai agen pemerhati perubahan tingkah laku dan memantau kerjasama antara pelajar dalam kumpulan semasa melaksanakan tugasan yang diberikan dan interaksi atau kerjasama yang ditunjukkan antara pelajar semasa menyiapkan tugasan.
Metodologi Kajian:
Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan pelbagai metod atau kaedah pengumpulan data atau maklumat untuk melihat sendiri dapatan kajian yang dijalankan terhadap sampel atau pelajar di dalam kelas kajian. Antara kaedah yang digunakan untuk proses pengumpulan data ialah:
1. Borang penilaian rubrik yang perlu diisi oleh pelajar untuk menilai tugasan pelajar dari segi ketepatan, kebenaran, pendapat, perkaitan dengan bidang atau topik yang dipelajari, penerangan asal terhadap tajuk tertentu dan penilaian terhadap cara pelajar membuat implikasi sebenar yang dihadapi dengan keadaan atau situasi sebenar.
2. Soal selidik terbuka antara pelajar dengan pengkaji yang dijalankan di dalam kelas kajian.
3. Kajian reaksi pelajar oleh guru atau pengkaji.
Dapatan kajian:
Pelajar didapati lebih berminat terhadap pembelajaran kerana pelaksanaan pelbagai kaedah tugasan ini berbanding dengan kaedah tradisional disebabkan mereka berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi lebih kreatif. Selain itu juga, pelajar lebih suka menjalani proses P&P kerana kerjasama antara ahli dalam kumpulan dan pemantauan dari guru menjadikan mereka lebih mudah memahami topik atau bidang yang dipelajari.
Tajuk jurnal 3 :
The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge
Oleh:
Marilyn Joshua
Source = HW: Wilson
Marilyn Joshua
Source = HW: Wilson
Pengenalan kajian
Kajian ini telah dilakukan oleh kira-kira seramai 9 orang guru yang mempunyai pengalaman purata mengajar ialah selama 6 tahun terhadap seramai 195 orang pelajar daripada tadika sehingga Gred 2. Kajian yang dilakukan ialah berkaitan dengan pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P untuk menguji tahap kemahiran penulisan pelajar di dalam kelas yang diajar oleh pengkaji.
Pemasalahan kajian
a) pelajar mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis dan kurangnya minat untuk belajar terutamanya topik yang diajarkan oleh guru.
b) Kajian dilakukan untuk mengkaji penggunaan gambar bersama "prompt" dan menulis menggunakan "prompt" sahaja
Sample dan Setting Kajian
a) Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 165 orang pelajar sekolah rendah yang terlibat di dalam 2 fasa.
b) 83 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan (merangkumi dari pelajar seawall tadika sehinggalah ke Gred 2)
Prosedur kajian
a) Pengkaji-pengkaji telah menetapkan jenis-jenis gambar prompt yang ingin digunakan terlebih dahulu
b) Pengkaji-pengkaji menetapkan bagaimana cara gambar ‘prompt’ dipersembahkan, jenis-jenis ujian yang diberikan mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar serta perancangan penggunaan bahan-bahan tersebut dalam P&P
c) Pengkaji-pengkaji mencapai persetuan terlebih dahulu melalui perbincangan dan undian mengenai alternatif-alternatif pembolehubah yang ada
a) Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 165 orang pelajar sekolah rendah yang terlibat di dalam 2 fasa.
b) 83 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan (merangkumi dari pelajar seawall tadika sehinggalah ke Gred 2)
Prosedur kajian
a) Pengkaji-pengkaji telah menetapkan jenis-jenis gambar prompt yang ingin digunakan terlebih dahulu
b) Pengkaji-pengkaji menetapkan bagaimana cara gambar ‘prompt’ dipersembahkan, jenis-jenis ujian yang diberikan mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar serta perancangan penggunaan bahan-bahan tersebut dalam P&P
c) Pengkaji-pengkaji mencapai persetuan terlebih dahulu melalui perbincangan dan undian mengenai alternatif-alternatif pembolehubah yang ada
Kaedah pengumpulan data
a) Penggunaan kad gambar berwarna (flash card) yang mempunyai persamaam warna seperti warna buah-buahan yang hampir sama warna seperti buah tembikai dan strawberi.
b) Kaedah soal jawab digunakan kepada pelajar untuk melihat sebanyak mana perkataan yang dapat dibina oleh pelajar apabila melihat gambar-gambar yang disediakan oleh guru.
Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian
a) Penggunaan kad gambar berwarna (flash card) yang mempunyai persamaam warna seperti warna buah-buahan yang hampir sama warna seperti buah tembikai dan strawberi.
b) Kaedah soal jawab digunakan kepada pelajar untuk melihat sebanyak mana perkataan yang dapat dibina oleh pelajar apabila melihat gambar-gambar yang disediakan oleh guru.
Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian
a) Penggunaan carta pai untk memaparkan hasil dapatan kajian yang dperolehi untuk melihat kadar peningkatan kemahiran yang dapat dikuasai oleh pelajar melalui aktiviti yang dijalankan ke atas mereka.
0 comments:
Post a Comment