Kajian 1:
Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui teknik Gubahan Lirik Lagu.
Pembentang: Robiah Mohanad dan Siti Hajjar Hasnaa Yahya
Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar dalam mengingati fakta penting yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam. pengkaji menjalankan kajian untuk memudahkan tahap kefahaman dan membina keyakinan serta jati diri pelajar. kajian ini seterusnya mendorong minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh dalam subjek tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.
Hasil dapatan :
Kajian mendapati pelajar lebih mudah mengingati fakta melalui gubahan lirik lagu ciptaan sendiri. pelajar semakin berminat mempelajari subjek Pendidikan Islam kerana menggabungkan muzik dan lagu dalam pengajaran yang sebelum ini hanya tertumpu pada penerangan dan syarahan sahaja.
Ulasan Penulis:
Kajian yang dijalankan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Pengkaji menggunakan 25 orang pelajar sebagai sampel kajian dan penglibatan pihak guru dan pelajar secara aktif menyumbang kepada hasil kajian yang memuaskan.
Kajian 2:
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar dalam bab Ibadah Subjek pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun
Pembentang:
Nazriah Binti Alias Dan Nurul Hidayah Binti Md Yatin
Penyataan Masalah:
Himpunan topik yang pelbagai dalam subjek Pendidikan Islam memberi kesukaran kepada pelajar untuk mengingat fakta penting dalam sesuatu bahagian. Kebanyakan pelajar lebih menggunakan pendekatan pembacaan fakta tanpa mengingat fakta secara keseluruhan. Oleh itu, kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pantun dan mengukur minat pelajar terhadap topik dalam bahagian ibadah dengan menggunakan pantun. Kaedah ini boleh memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.
Hasil Dapatan:
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pelajar lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta berlaku peningkatan potensi pelajar dalam subjek pendidikan Islam.
Ulasan Penulis:
Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Gelung Kajian yang melibatkan merefleksi, merancang, bertidak dan memerhati. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data seperti temubual, pemerhatian dan ujian. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.Ia melihat dari sudut kaedah pengajaran dan proses pembelajaran berlangsung. Prosedur kajian yang dijalankan sesuai dengan maksud kajian tindakan.
0 comments:
Post a Comment