? ??????????????Hawaii? ????? ?? ???Rating: 4.4 (124 Ratings)??1 Grab Today. 25293 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Van Gogh? ????? ?? ???Rating: 3.6 (49 Ratings)??1 Grab Today. 4268 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dand BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 21, 2009

Tugasan 4 Mini kajian tindakan :Aktiviti 8 Cadangan Mengatasi kelemahan pengajaran

Cadangan Mengatasi Kelemahan Dalam Kajian "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
  1. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk memikat minda pelajar untuk meminati dunia teknologi maklumat dan cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
  2. Kolaborasi dengan pihak pentadbir dan pengurusan sekolah untuk menganjur dan melaksanakan kursus pencarian maklumat. Kursus-kursus jangka pendek untuk guru-guru dan para pelajar dapat memberi pendedahan untuk diaplikasikan dalam P&P. Kesedaran pihak sekolah dalam membudayakan budaya IT dikalangan warga sekolah dapat megurangkan warga yang buta IT atau tiada kemahiran asas IT untuk mempersiapkan diri dalam persaingan era globalisasi zaman sekarang yang serba canggih dan memerlukan warga yang celik IT dan berpotensi menggunakan kemahiran yang sedia.
  3. Pengawalan pihak guru ketika pengajaran di makmal komputer bagi menggelakan para pelajar melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya semasa sesi P&P. Bantuan dari pembantu makmal diperlukan supaya
  4. Menggalakkan penglibatan para pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam bidang IT (Kognitif, afektik, psikomotor) seperti memberi tugasan yang memerlukan penggunaan IT seperti power point semasa pembentangan, blogger untuk perbincangan atau e-learning.

Tugasan 4 Mini kajian Tindakan : Aktiviti 7 Kelemahan pengajaran subjek

Kelemahan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"
  1. Kaedah pencarian atau perolehan maklumat yang rendah kerana tidak semua pelajar mempunyai kemudahan dan kemahiran untuk mencari maklumat melalui internet.
  2. Tidak semua pelajar mempunyai minat terhadap teknologi maklumat(mungkin juga wujud golongan technophobia)
  3. Pelajar gemar mengambil kesempatan terhadap peluang memasuki makmal komputer seperti manggunakan komputer atau talian internet yang ada untuk melayari laman-laman sesawang yang tidak berfaedah seperti laman web lucah, 'game' dan sebagainya.
  4. Kekurangan kelengkapan dan kemudahan teknologi di sekolah terutamanya pelajar di luar bandar yang kurang mendapat pendedahan / pembudayaan dalam dunia IT. Kelengkapan yang sedia ada hanyalah digunakan untuk kegunaan pelaksanaan subjek IT semata-mata dan tidak dibudayakan di kalangan pelajar untuk mencari nota, membuat latihan atau mencari nota-nota ilmiah berkaitan pelajaran seharian di dalam kelas.
  5. Ada sesetengah pelajar di sesetengah sekolah tiada langsung kemahiran IT kerana tiada disediakan subjek yang berkaitan. Ini mungkin disebabkan tiada kesedaran di kalanagan pentadbir sekolah tersebu untuk membudayakan kemahiran asas ini di kalangan pelajar. Terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar, hal ini juga mungkin disebabkan kekangan sesetengah sekolah yang tiada kemudahan asas komputer di sekolah seperti di sekolah pedalaman.

Tugasan 4 Mini kajian Tindakan : Aktiviti 6 kekuatan pengajaran subjek

Kekuatan Pengajaran "Penggunaan teknologi Maklumat Melalui Kaedah Kontekstualisme di Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan di Sekolah"

Refleksi Individu

  1. Membentuk daya inovasi pelajar dalam mempelbagaikan teknik teknologi maklumat.
  2. Membudayakan kemahiran pengaplikasian IT dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks seorang pelajar yang akan menggunakan IT untuk mencari bahan-bahan ilmiah.

Refleksi Kumpulan

  1. Melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat berdasarkan kepada pengatahuan sedia ada dan pengalaman bagi memberi pemahaman dan penghayatan nilai terhadap subjek yang dipelajari.
  2. Menggalakkan pemikiran kreatif pelajar seperti menghasilkan bahan bantu pelajaran seperti nota, latihan dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi IT.
  3. Memberi pendedahan asas kepada pelajar yang kurang mahir @ 'buta IT' terutamanya kepada pelajar di luar bandar yang agak ketinggalan dalan hal berkaiatan It. Jadi sebagai seorang guru, tugas untuk merapatkan jurang keseimbangan pengetahuan IT di antara pelajar di bandar dan luar bandar akan dapat dilaksanakan.
  4. Menggalakkan penghasilan bahan bantu belajar yang lebih kreatif oleh pelajar sendiri.

Refleksi ahli kumpulan lain

  1. Menarik perhatian pelajar di dalam kelas untuk terlibat dengan sepenuhnya semasa proses P&P dijalankan dan sebagai langkah mempelbagaikan bentuk pengajaran d dalam kelas supaya tidak hanay berdasarkan pengajaran berbentuk kuliah semata-mata yang akan membosankan pelajar.

Saturday, November 7, 2009

Tugasan 4 Mini Kajian tindakan : Aktiviti 5 – Kenapa Guru pelatih, Novis dan berpengalaman perlu melakukan Kajian Tindakan?

Sebagai seorang guru novis, banyak perkara baru yang perlu dikuasai dalam melaksanakan proses P&P yang lebih efektif dan berkesan serta mencapai objektif pengajaran. Antara sebab mengapa guru pelatih dan guru novis perlu menjalankan kajian tindakan di dalam pendidikan ialah:

  1. Seorang guru perlu menguasai / mempunyai kemahiran yang tinggi tentang pelaksanaan P&P di dalam bilik darjah. Melalui kajian yang dijalankan akan dapat melihat keberkesanan P&P yang dijalankan dan boleh membuat penambahbaikan. Melaui kajian ini ianya dilihat dapat membantu dan menambahkan ilmu dalam kemahiran mengajar.
  2. Kajian Tindakan yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut secara langsung dapat mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah P&P.
  3. Guru sebagai penyelidik haruslah mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya. Oleh itu, lapangan kajian tindakan ini merupakan lapangan yang palig ssesuai untuk mengkaji masalah-masalah yang telah dikenal pasti supaya dapat dikenalpasti jalan penyelesaian seterusnya untuk proses penambahbaikan.
  4. Setiap guru terutamanya perlulah perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.
  5. Proses kajian tindakan ini juga dapat memperlihatkan peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.
  6. Melalui kajian tindakan ini juga, guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru.
  7. Melahirkan guru yang kreatif,inovatif, holistik dan versetile, guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan 4 mini Kajian Tindakan: Aktiviti 4

  1. Bersama pasangan anda kemukakan apakah cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran makro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2. Siapakah peserta kajian dan setting kajian
"PERLAKSANAAN TUGASAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MELALUI PERDEKATAN KONTEKSTUALISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH"

Permasalahan kajian:
Pelajar pada masa kini kebanyakkannya memiliki kemahiran penggunaan asas IT, namun mereka telah menyalahgunakan kebolehan yang ada itu ke arah yang salah seperti bermain 'game' di dalam cyber cafe atau melayari laman web yang tidak berfaedah. Kemahiran yang ada sewajarnya digunakan oleh pelajar untuk melakukan tugasan seperti power point, adope photoshop dan blog atau mencari bahan-bahan ilmiah sebelum bermulanya sesi pengajaran guru di sekolah.

Tugasan 3 - kolokium : Aktiviti 3

Kajian 1:
Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui teknik Gubahan Lirik Lagu.

Pembentang: Robiah Mohanad dan Siti Hajjar Hasnaa Yahya

Permasalahan kajian :

Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar dalam mengingati fakta penting yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam. pengkaji menjalankan kajian untuk memudahkan tahap kefahaman dan membina keyakinan serta jati diri pelajar. kajian ini seterusnya mendorong minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh dalam subjek tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Hasil dapatan :
Kajian mendapati pelajar lebih mudah mengingati fakta melalui gubahan lirik lagu ciptaan sendiri. pelajar semakin berminat mempelajari subjek Pendidikan Islam kerana menggabungkan muzik dan lagu dalam pengajaran yang sebelum ini hanya tertumpu pada penerangan dan syarahan sahaja.

Ulasan Penulis:
Kajian yang dijalankan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. kajian ini menggunakan kaedah kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1998) iaitu refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Pengkaji menggunakan 25 orang pelajar sebagai sampel kajian dan penglibatan pihak guru dan pelajar secara aktif menyumbang kepada hasil kajian yang memuaskan.


Kajian 2:
Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar dalam bab Ibadah Subjek pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun

Pembentang:
Nazriah Binti Alias Dan Nurul Hidayah Binti Md Yatin

Penyataan Masalah:
Himpunan topik yang pelbagai dalam subjek Pendidikan Islam memberi kesukaran kepada pelajar untuk mengingat fakta penting dalam sesuatu bahagian. Kebanyakan pelajar lebih menggunakan pendekatan pembacaan fakta tanpa mengingat fakta secara keseluruhan. Oleh itu, kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pantun dan mengukur minat pelajar terhadap topik dalam bahagian ibadah dengan menggunakan pantun. Kaedah ini boleh memberi galakan dan menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati apa yang dipelajari.

Hasil Dapatan:
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati pelajar lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran serta berlaku peningkatan potensi pelajar dalam subjek pendidikan Islam.

Ulasan Penulis:
Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan Gelung Kajian yang melibatkan merefleksi, merancang, bertidak dan memerhati. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data seperti temubual, pemerhatian dan ujian. Data yang telah didapati kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan keputusan kajian.Ia melihat dari sudut kaedah pengajaran dan proses pembelajaran berlangsung. Prosedur kajian yang dijalankan sesuai dengan maksud kajian tindakan.

Tugasan 2 - Ulasan Jurnal: Aktiviti 2

Tajuk jurnal 1 :

Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers
oleh:
Alcione N. Ostorga
Veronica Lopez Estrada
University of Taxes-Pan America
a) Kajian Tindakan yang dijalankan:
Kajian yang dilakukan oleh 2 orang guru yang menjalankan kajian untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dijalankan oleh guru melalui kaedah pembacaan lisan (Round Robin Reading) di dalam kelas.
b) Tujuan kajian dijalankan:
i) memberi pendedahan kepada pelajar mengenai strategi kajian berdasarkan kaedah pembacaan secara lisan dan mengaplikasikannya dalam kelas.
ii) mengkaji bagaimana guru menguba cara pengajaran mereka berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.
c) Masalah yang dihadapi:
  1. Pelajar dilihat tidak memahami topik pengajaran di dalam kelas melalui kaedah kuliah. Kebanyakkan guru lebih suka mengajar mengikut kehendak atau cara mereka sendiri sahaja iaitu kaedah kuliah. Latihan pembacaan secara lisan tidak pernah dijalankan di dalam kelas semasa proses P&P.
  2. Pengkaji mengajar secara sistem kelas (Round Robin Reading) mengandaikan kaedah pembacaan secara lisan dilihat lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran secara kuliah dan kebanyakkan guru-guru baru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah tersebut berbanding latihan berlandaskan kajian yang telah dipelajari.

***Membaca menggunakan kaedah Round Robbin Reading (RRR) merupakan pendekatan secara memanggil nama pelajar secara rawak untuk membaca selepas seorang pelajar habis membaca dan pendekatan ini dilihat begitu berkesan.

b) Tujuan kajian

  • Membantu guru untuk belajar mengenai kajian berdasarkan strategi membaca secara lisan dan melaksanakannya di dalam kelas semasa proses P&P dijalankan.
  • Mengetahui bagaimana mereka (guru-guru) mengubah strategi pengajaran kepada corak pengajaran berlandaskan pengkajian.

Tajuk jurnal 2 :

Action Research In The Secondary Science Classroom: Student Response To Differentiated, Alternative Assessment

Oleh:
FAITH H. WATERS
PATRICIA S. SMEATON
TODD G. BURNS

Abstrak:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang persepsi pelajar tentang penggunaan model pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dan pelbagai semasa menjalani proses P&P di dalam kelas.. Dapatan dari kajian ini didapati kebanyakan pelajar lebih berminat dalam P&P apabila penggunaan model pengajaran yang berbeza dan pelbagai digunakan berbanding dengan cara pengajaran tradisional semasa di dalam kelas
Pengenalan:
Jurnal ini membincangkan perkongsian pengalaman penulis iaitu seorang guru Sains sekolah menengah yang telah menggunakan pelbagai kaedah dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah menjalankan kaedah projek, pembentangan, persembahan dan sebagainya untuk menguji reaksi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dijalankan. Pengkaji telah menerangkan terlebih dahulu kepada sampel iaitu pelajar yang terlibat dalm P&P sebelum menggunakan kaedah tersebut di dalam kelas. Ini adalah sebagai langkah awal kepada pengkaji atau guru berkenaan supaya pelajar atau sampel lebih faham apa yang dipelajari.
Semasa pelaksanaan kaedah ini di dalam kelas, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dimintamenyelesaikan beberapa tugasan yang disediakan. Peranan guru dalam menyelesaikan tugasan hanyalah sebagai fasilitator atau pemerhati dan akan membuat pemantauan terhadap tugasan pelajar. Walau bagaimanapun, guru juga bertindak sebagai agen pemerhati perubahan tingkah laku dan memantau kerjasama antara pelajar dalam kumpulan semasa melaksanakan tugasan yang diberikan dan interaksi atau kerjasama yang ditunjukkan antara pelajar semasa menyiapkan tugasan.
Metodologi Kajian:
Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan pelbagai metod atau kaedah pengumpulan data atau maklumat untuk melihat sendiri dapatan kajian yang dijalankan terhadap sampel atau pelajar di dalam kelas kajian. Antara kaedah yang digunakan untuk proses pengumpulan data ialah:
1. Borang penilaian rubrik yang perlu diisi oleh pelajar untuk menilai tugasan pelajar dari segi ketepatan, kebenaran, pendapat, perkaitan dengan bidang atau topik yang dipelajari, penerangan asal terhadap tajuk tertentu dan penilaian terhadap cara pelajar membuat implikasi sebenar yang dihadapi dengan keadaan atau situasi sebenar.
2. Soal selidik terbuka antara pelajar dengan pengkaji yang dijalankan di dalam kelas kajian.
3. Kajian reaksi pelajar oleh guru atau pengkaji.
Dapatan kajian:
Pelajar didapati lebih berminat terhadap pembelajaran kerana pelaksanaan pelbagai kaedah tugasan ini berbanding dengan kaedah tradisional disebabkan mereka berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi lebih kreatif. Selain itu juga, pelajar lebih suka menjalani proses P&P kerana kerjasama antara ahli dalam kumpulan dan pemantauan dari guru menjadikan mereka lebih mudah memahami topik atau bidang yang dipelajari.
Tajuk jurnal 3 :
The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge
Oleh:

Marilyn Joshua
Source = HW: Wilson
Pengenalan kajian

Kajian ini telah dilakukan oleh kira-kira seramai 9 orang guru yang mempunyai pengalaman purata mengajar ialah selama 6 tahun terhadap seramai 195 orang pelajar daripada tadika sehingga Gred 2. Kajian yang dilakukan ialah berkaitan dengan pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P untuk menguji tahap kemahiran penulisan pelajar di dalam kelas yang diajar oleh pengkaji.
Pemasalahan kajian

a) pelajar mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis dan kurangnya minat untuk belajar terutamanya topik yang diajarkan oleh guru.
b) Kajian dilakukan untuk mengkaji penggunaan gambar bersama "prompt" dan menulis menggunakan "prompt" sahaja
Sample dan Setting Kajian

a) Kajian tindakan ini dilakukan terhadap 165 orang pelajar sekolah rendah yang terlibat di dalam 2 fasa.
b) 83 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan (merangkumi dari pelajar seawall tadika sehinggalah ke Gred 2)

Prosedur kajian

a) Pengkaji-pengkaji telah menetapkan jenis-jenis gambar prompt yang ingin digunakan terlebih dahulu
b) Pengkaji-pengkaji menetapkan bagaimana cara gambar ‘prompt’ dipersembahkan, jenis-jenis ujian yang diberikan mengikut kesesuaian umur dan tahap pelajar serta perancangan penggunaan bahan-bahan tersebut dalam P&P
c) Pengkaji-pengkaji mencapai persetuan terlebih dahulu melalui perbincangan dan undian mengenai alternatif-alternatif pembolehubah yang ada
Kaedah pengumpulan data

a) Penggunaan kad gambar berwarna (flash card) yang mempunyai persamaam warna seperti warna buah-buahan yang hampir sama warna seperti buah tembikai dan strawberi.
b) Kaedah soal jawab digunakan kepada pelajar untuk melihat sebanyak mana perkataan yang dapat dibina oleh pelajar apabila melihat gambar-gambar yang disediakan oleh guru.

Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian

a) Penggunaan carta pai untk memaparkan hasil dapatan kajian yang dperolehi untuk melihat kadar peningkatan kemahiran yang dapat dikuasai oleh pelajar melalui aktiviti yang dijalankan ke atas mereka.

Tugasan 1 Buku: Aktiviti 1

Apa itu kajian Tindakan?
Kajian tindakan merupakan 1 pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesialisme guru. Kajian ini merujuk kepada penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.
(Ellot & Adelman, 1976)
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba-jaya dan berterusan. Kebolehan (pengurus, sekolah, guru atau pelajar) membuet intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan.
(Hanipah Hussin: 2001)
DEVELOPING INNOVATION IN ONLINE LEARNING: AN ACTION RESEARCH FRAMEWORK
Kajian tindakan adalah satu bentuk usahasama, siasatan rasmi secara mendalam diambil oleh penglibatan situasi sosial di dalam meningkatkan rasional dan keadilan tentang sosial mereka sendiri atau latihan pendidikan, sejajar dengan pemahaman tentang latihan dan situasi di mana latihan dijalankan ( Kemmis & Mc Taggart,1988:5)
  • Kajian tindakan fokus kepada menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar
  • Siasatan rasmi berdasarkan persoalan daripada situasi sebenar diterapkan dalam cara konvensional akademik di mana persoalan ditimbulkan dengan komuniti akademik di mana ianya terbahagi kepada profesional (Levin & Greenwood,2001)

Buku 2: Using Action Research To Improve Instruction
Definisi Kajian Tindakan:
Sebarang penyelidikan yang ditadbir secara sistematik oleh guru yang bertindak sebagai pengkaji, pengetua, guru kaunseling sekolah atau individu-individu yang bekepentingan dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang operasi atau prjalanan sekolah tertentu, bagaimana mereka mengajar/proses pengajaran berlangsung dan bagaimana pelajar belajar dengan baik /proses pembelajaran berlangsung.
(Geoffrey Mills (2000)
  • Aspek-aspek yang terlibat merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.
  • dua pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza

Ulasan Buku:

Buku ini merupakan buku yang mengandungi panduan yang boleh diaplikasikan untuk menjalankan kajian tindakan dalam konteks sekolah. Panduan berguna ini boleh digunakan untuk para guru yang berminat untuk memperbaiki corak pengajaran melalui kaedah yang lebih sisitematik, menambah baik proses-proses yang dijalankan di sekolah kepada kaedah yang lebih baik lagi, dan mengumpulka data/ maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada guru-guru lain untuk meningkatkan kemahiran sebagai seorang guru.

Buku ini memberi garis panduan kepada pengkaji/guru itu sendiri bahawa mereka boleh menggunakan pengetahuan /isu semasa sedia ada yang berlaku di sekolah untuk melakukan kajian tindakan. Kaedah yang digunakan dalam buku ini yang digunakan dalam kajian adalah kaedah yang biasa digunakan oleh para guru di sekolah iaitu pemantauan terhadap pelajar, penulisan penaksiran, membandingkan ujia sebelum dan selepas dan menggunakan borang-borang penaksiran yang berkaitan. Selain itu juga, penggunaan borang rubrik juga turut digunakan sebagai salah satu kaedah pengumpulan maklumat/ data di dalam kajian tindakan yang dijalankan. Fokus yang diambil perhatian ialah bagaimana perancangan (plan), penggunpulan (collect), menganalisis (analyze), dan refleksi (reflect) terhadap data/maklumat akan dinilai supaya dapat membentuk strategi baru untuk menjalankan proses P&P.

Bahagian I: Pengenalan Kajian Tindakan.

2 tujuan utama kajian tindakan dijalankan iaitu untuk untuk menambahbaik kaedah yang sedia ada dan terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan. Penambahbaikan yang dijalankan adalah terhadap 3 peringkat iaitu:

a) memperbaiki kemahiran

b) menambahbaik kefahaman terhadap kemahiran oleh pengkaji.

c) menambahbaik situasi tempat kajian tersebut dijalankan. (Carr & Kemmis, 1986)

Tujuan utama kajian tindakan ialah untuk menyelesaikan masalah di kawasan kajian dijalankan misalnya di kawasan sekolah. Untuk menjadi seorang pengkaji dalam konteks kajian tindakan di sekolah, para guru haruslah terlibat dalam kajian Persona untuk memperolehi kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data yang sistematik.

4 langkah dalam pelaksanaan kajian tindakan:

  1. Merancang (plan) - dalam proses merancang pengkaji mengemukakan objektif pengajaran dan mengenal pasti kaedah yang akan digunakan, merancang kaedah penaksiran dan merancang aktiviti yang akan dijalankan. Semasa pelaksanaan pengkaji (guru) akan menetapkan matlamat dan seterusnya menyediakan persoalan-persoalan tertentu sebagai panduan melaksanakan kajian, memilih sampel atau peserta yang akan terlibat, dan memilih kaedah pengumpulan data yang sesuai.
  2. Mengumpulkan data (collect data) - Semasa mengumpulkan data, tindakan akan dilaksanakan oleh pengkaji. Tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan strategi pengajaran yang baru dan mengumpulkan data/ maklumat dari pelaksanaan pengajaran tersebut. Pengumpulan data termasuklah mentadbir soalan, pemantauan pelajar, dan membuat kajian soal selidik dan temubual di anta pengkaji dengan sampel.
  3. Analisis (analyze) - Pengkaji (guru) akan menganalisis data/maklumat yang diperolehi melaui pelbagai kaedah. Analisis yang dibuat juga boleh berdasarkan pemantauan terhadap interaksi pelajar, analisis terhadap tugasan pelajar, analisis temubual dan kajian soal-selidik, analisis ujian sebelum dan selepas serta analisis terhadap pencapaian ujian pelajar. Dalam langkah analisis ini terdapat 2 langkah yang dijalankan iaitu membentuk huraian objektif dari pencapaian pelajar berdasarkan penilaian yang telah dijalankan. langkah yang kedua pula ialah melaksanakan pemantauan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada kajian data dari pelbagai perspektif. Ini boleh dilakukan dengan membuat perbandingan melalui pemantauan yang menggunakan pelbagai kaedah.
  4. Refleksi (reflect) - fasa untuk refleksi berlaku dalam 3 proses yang utama iaitu yang pertama menerangkan pemantauan tang telah dilakukan. Hasil dari penerangan in akan membantu di dalam ankah yang kedua iaitu perkembangan strategi pengajaran yang baru. Kebanyakkan strategi pengajaran yang baru akan muncul hasil daripada penalaman yang lepas, meklmat dari kajian, perkongsian bersama guru-guru yang lain, serta kajian lepas yang telah dilakukan. Langkah seterusnya ialah mengenalpasti strategi pengajaran baru yang disokong dengan data yang diperolehi , latihan yang terbaik, kajian seterusnya dan penggunaan teory-teori yang berkenaan.

Bab 2 : Prosedur (Perancangan) kajian tindakan

Dari aspek perancangan adalah dar segi memikirkan isu yang ingi diperbaiki atau ditambahbaik. 4 langkah erancangan yang bleh diambil kira ialah:

  1. meneliti persoalan kajian dengan membuat refleksi terhada tingkah laku pelajar, mengenalpasti masalah dan keperluan di dalam kawasan kajian.
  2. mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme
  3. mengenalpasti kajian lepas dan dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
  4. mengenalpasti kaedah pengumpulan data yang diperlukan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran.

Sesi pemantauan terhadap pelajar boleh dilaksanakan beberapa teknik seperti:

  1. pemantauan terhadap tingkah laku yang jarang dilihat
  2. pemantauan tingkah laku pelajar secara individu
  3. ketahui kepelbagaian pelajar
  4. membuat rekod terhadap refleksi pengajaran
  5. mengetahui tahap pencapaian / skor ujian pelajar yang telah dijalankan
  6. membuat refleksi terhadap pengajaran

Bahagian II:Pemantauan terhadap pelajar dan tugasan

Membincangkan bagaimana untuk memantau guru-guru dan pelajar ketika berada di dalam kelas. Pemantauan dilakukan semasa pelajar membuat tugasan, pemantauan/penilaian terhadap tugasan yang telah disiapkan dan pemantauan terhadap interaksi antara pelajar dengan guru. Pemantauan yang kerap dilakukan terhadap pelajar akan mengelakkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini pada pelajar.

Bahagian III: Penggunaan kaedah kaji selidik dan temubual

Bertujuan untuk melihat persepsi pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pihak pengurusan pentadbiran. Kedua-dua kaedah ini dapat membantu untuk memberi maklumat mengenai pemikiran sampel/peserta seperti respon pelajar mengenai kaedah pengajaran yang digunakan , persepsi ibu bapa mengenai suasana persekitaran di sekolah dan juga mengetahui pendapat guru-guru tentang program yang diadakan di sekolah. Kaedah ini dapat membantu dalam proses pengumpulan data kajian yang dijalankan.

Bahagian IV: Ujian analisis yang seragam

Langkah untuk menganalisis ujian supaya seragam:

1. Merancang (plan)

a) menetapkan matlamat terhadap kajian tindakan di dalam borang soalan kajian.

b) memilih sampel/peserta kajian (sama ada pelajar dari kelas, sekolah atau kumpulan-kumpulan pelajar tertentu di dalam sekolah).

2. Mengumpul data (collect data)

a) pengumpulan data dan prosedur untuk mencapai skor ujian yang standard biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah.

3. Analisis (analyze)

a) skor ujian yang diperolehi boleh dianalisis menggunakan 4 kaedah berikut iaitu membuat perbandingan dengan pencapaian yang lepas, menganalisis data yang diperolehi, menganalisis kaedah yang digunakan serta menggunakan kaedah analisis yang pelbagai.

4. Refleksi (reflect)

a) mentaksir hasil keputusan analisis yang telah dibuat.

b) Hasil dari pentaksiran tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan strategi untuk membentuk kumpulan, mempelbagaikan arahan serta mengembangkan perancangan.

c) Mengenal pasti strategi pengajaran.

Bahagian V : Kerjasama dalam Kajian Tindakan

Kerjasama dalam menjalankan kajian boleh dilakukan di antara guru-guru di dalam kawasan kajian. Antara kelebihan yang boleh diperolehi hasil dari kerjasama dalam kajian tindakan ini ialah boleh menjana pemikiran yang sistematik antara pengkaji seperti proses merancang, tindakan, pemantauan dan refleksi serta mejadikan kajian yang dijalankan lebih bernilai dan berguna sebagai rujukan pada masa akan datang.


Reka Bentuk Kajian Tindakan

Pelaksanaan sesuatu kajian yang sistematik dan membolehkan pencapaian matlamat adalah berdasarkan Reka Bentuk Kajian Tindakan yang meliputi empat langkah penting :

  • MEMANTAU UNTUK MEMBUAT PENILAIAN
  • MERANCANG
  • MELAKSANAKAN STRATEGI
  • MEREFLEKSI


Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi atau belum mencapai keputusan yang dikehendaki.

Friday, November 6, 2009

Model-Model Kajian Tindakan

Model Kajian Tindakan (Ebbut, 1985)

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984)


Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144). Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semulajadi.




Gelung Interaksi Kajian Tindakan (Stringer, 1999)

Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber





Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)




Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.














































































Tugasan Kelas: Konsep dan Reka Bentuk Kajian Tindakan


1. Konsep Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan bentuk kajian yang tergolong dalam penyelidikan dalam pendidikan. Aspek-aspek yang terlibat dalam kajian ini merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi. Kebiasaannya terdapat dua pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza.

Tujuan sesuatu kajian itu dijalankan ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji akan dikemukakan kepada sampel kajian.

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif iaitu bentuk kajian yang menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca serta data yang berbentuk statistik (nombor) juga digunakan .Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Merancang
Aspek perancangan merupakan aspek yang paling penting sebelum memulakan kajian kerana dari proses perancangan ini, penyelidik dapat memahami perkara-perkara yang patut diambil perhatian sebelum dilaksanakan. Perancangan yang rapi akan menentukan kajian yang dijalankan dapat berjalan dengan teratur, terancang dan sistematik untuk memudahkan pencapaian objektif kajian yang telah ditetapkan.

Bertindak
Setelah peringkat perancangan P&P dijalankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan, langkah seterusnya ialah melaksanakan tindakan (bertindak) dalam melaksanakan aktiviti yang dirancangkan di dalam bilik darjah. Pelaksanaan aktiviti lazimnya dilakukan berdasarkan analisis data yang telah dikumpulkan oleh guru sebelum memulakan P&P di dalam kelas. Dalam onteks ini, keberkesanan aktiviti masih diperingkat tidak dapat dipastikan lagi
Lazimnya, aktiviti yang dilaksanakan adalah melalui proses 'cuba-jaya', iaitu pelaksanaan aktiviti yang memerlukan penambahbaikan selepas aktiviti selesai dilaksanakan. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya.Proses cuba-jaya dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik dari pada masa akan datang.
Pemerhatian

Dalam peringkat pemerhatian yang dijalankan ini merupakan salah satu kaedah pengumpulan data. Hasil dapatan kajian atau rumusan tentang kajian yang dijalankan adalah bergantung kepada data-data yang telah dikumpulkan sepanjang kajian tersebut dijalankan.

Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru.

Oleh itu, semasa pelaksanaan pengumpulan data, perkara utama yang harus di ambil kira oleh pengkaji ialah dari segi langkah pemerhatian supaya proses pengumpulan data berjalan dengan baik dan menepati keadaan yang sebenar. Adalah penting bagi pengkaji menentukan cara dan alat pengumpulan data sebelum melaksanakan pemerhatian terhadap kajian.

Refleksi

Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa mengimbas kembali pelaksanaan proses P&P, penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses P&P, guru juga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.


Sunday, November 1, 2009

Tugasan 3: Laporan Kolokium DPLI - Ambilan Januari 2009

Antara pembentangan yang menarik perhatian saya sepanjang berlangsungnya Kolokium yang dibentangkan oleh pelajar DPLI Ambilan Januari 2009 ialah:

3.1. MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI, SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR

Nama pembentang :

AISYATULASYIQAH BT MOHAMED P48594

Tujuan kajian

Tujuan kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menghayati subjek Pendidikan Islam terutamanya dalam bahagian ibadah.

Metodologi kajian

i) Menggunakan kumpulan Sasaran / Sampel- sampel terdiri daripada seramai 29 orang pelajar dari kelas Tingkatan Satu Marikh yang majoriti mempunyai pencapaian yang tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.

ii) Tempoh kajian dilaksanakan sebanyak dua sesi iaitu dua kali perjumpaan dalam masa seminggu. Setiap perjumpaan mengambil masa selama 1 jam. Perjumpaan dibuat selama dua minggu iaitu empat kali perjumpaan.

iii) Menggunakan kaedah instrumen kajian melalui kaedah simulasi- guru menunjukkan cara yang betul di hadapan kelas dan seterusnya meminta murid melakukan semula di hadapan kelas. Kaedah simulasi dilihat sebagai kaedah yang berkesan terutamanya dalam pengajaran topik yang memerlukan praktikal dari pelajar kerana pelajar lebih mengingat segala fakta yang dikemuka kan dalam topik yang diajarkan.

Kaedah kajian

i) Menggunakan kaedah simulasi iaitu guru menunjukkan cara yang betul cara-cara menyucikan najis iaitu najis mukhaffafah, najis mutawassitah dan najis mughallazah.

ii) Pelajar menjawab kuiz yag disediakan oleh guru.Kuiz yang disediakan oleh guru adalah berdasarkan kepada topik-topik yang diajarkan pada hari tersebut sebagai cara pengayaan kepada pelajar tentang topik yang telah dipelajari.

iii) Pelajar diminta membuat simulasi berdasarkan soalan yang diberikan di hadapan kelas.Teknik pengajaran ini memerlukan murid-murid bertindak secara spontan melalui pengalaman lepas dan situasi yang pernah dialami. Keadaan ini akan ndalam lakonan tanpa bantuan skrip.


Sampel kajian

i) Kajian ini telah dijalankan terhadap seramai seramai 29 orang pelajar dari kelas Tingkatan Satu Marikh yang majoriti mempunyai pencapaian yang tinggi dalam subjek Pendidikan Islam.

Pengumpulan dan Penganalisisan data:

i) Penilaian Kendiri - Semua rekod dan penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran di catat di dalam buku persediaan mengajar bagi melihat penerimaan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalanka. Ianya penting untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan juga guru yang mengajar. Penilaian kendiri atau refleksi untuk mengetahui dan memperbaiki kelemahan pengajaran sama ada dari cara pengajaran guru atau kelemahan pelajar itu sendiri. Selepas itu penambahbaikan pengajaran yang seterusnya.

ii) Pemerhatian - Pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi melihat keberkesanan kajian yang dijalankan yang dilakukan pada kitaran yang 1 dan 2.

iii) Temubual tidak berstruktur - Temubual dilakukan antara pengkaji dengan pelajar, pengkaji dengan rakan guru yang lain yang bertujuan untuk mengetahui kaedah pengajaran guru serta pandangan guru terhadap tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

iv) Pengumpulan data secara kualitatif - Sesi soal jawab dan kuiz secara lisan di dalam kelas dicatat dan data tersebut dianalisis secara manual.Pengumpulan data ini dapat melihat sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data-data yang diperoleh dari sesi soal jawab dan kuiz itu juga dijadikan sebagai penanda aras untuk melihat keberkesanan teknik pengajaran yang dijalankan dalam sesuatu topik yang tertentu.

Implikasi kajian:

i) Perubahan tingkah laku pelajar dari tidak berminat dengan subjek tertentu dalam Pendidikan Islam kepada berminat untuk mengetahui konsep-konsep yang terdapat di dalam topik yang diajarkan kepada mereka.

ii) Pelajar lebih mudah faham mengenai teori yang diajarkan oleh guru kerana guru mereka menggunakan kaedah simulasi supaya mereka lebih faham dan ingat teknik-teknik yang diajarkan oleh guru mereka.

iii) Potensi pelajar dalam mengingat fakta lebih meningkat melalui peningkatan markah kuiz yang dijalankan.


Refleksi:

Dari pembentangan kajian tindakan yang dibentangkan memberi input yang berkesan kepada saya bahawa teknik pengajaran menggunakan kaedah simulasi adalah salah satu teknik pengajaran yang memerlukan murid-murid bertindak secara spontan melalui pengalaman lepas dan situasi yang pernah dialami. Keadaan ini akan diaplikasikan dalam lakonan tanpa bantuan skrip.Murid-murid akan berinteraksi dalam kumpulan atau interaksi antara individu dalam kumpulan tersebut dengan bantuan guru. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Kaedah ini juga dapat menggalakkan budaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan tidak hanya tujuan belajar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.



3.2. MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP SIRAH DAN TAMADUN ISLAM DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PENDEKATAN TAYANGAN VIDEO

Nama pembentang:

Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004


Tujuan kajian

Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam pelajar tingkatan satu SMKA Sultan Muhammad melalui pendekatan tayangan video pembelajaran.

Metodologi kajian

i)Perancangan- Perancangan yang dilakukan adalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Aktiviti yang dirancang adalah berkaitan dengan topik yang akan diajarkan dan ia dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Bagi pengkaji perancangan merupakan satu aspek yang paling penting sebelum memulakan sesuatu P&P kerana ia akan menentukan pencapaian objektif pengajaran pada hari tersebut.

ii) Pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji adalah melalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas sepanjang proses P&P dijalankan. Selain itu juga,pengkaji juga menggunakan kaedah rakaman video untuk melihat tingkahlaku pelajar di dalam kelas dan kaedah temubual bersama pelajar.

iii)Semasa pelaksanaan - Semasa P&P dijalankan, kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan kaedah tayangan video. Dengan kaedah ini, pengkaji mengandaikan dapat melihat kebolehan pelajar memahami topik yang diajarkan oleh guru.Kaedah lain yang digunakan juga adalah seperti perbincangan dan pembentangan. Dalam kaedah perbincangan ini, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.Pendekatan ini amat sesuai digunakan kerana dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.

iii)Di dalam peringkat pelaksanaan ini juga, kaedah lain yang turut digunakan oleh pengkaji ialah melalui pemerhatian guru terutamanya dari segi reaksi dan tingkahlaku pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam. Selain itu juga rakaman video dan
respon rakan pengkaji juga dijadikan salah satu bentuk kaedah kajian dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

iv) Peringkat terakhir dalam kajian ini ialah dari aspek penilaian dan refleksi yang melibatkan Analisis Data dari segi pemerhatian guru, rakaman video dan temubual pelajar untuk melihat keberkesanan kaedah tayangan video dalam pengajaran Pendidikan Islam.


Dapatan kajian.

Dari pemerhatian pengkaji, mereka mendapati pelajar kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton video yang ditayangkan oleh guru mereka. Dari aktiviti pembentangan pula menunjukkan pelajar aktif memberikan rumusan dan pendapat
pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik di samping membudayakan budaya berfikir secara kritis dan kreatif dalam menjawab persoalan yang dikemukan semasa pembentangan. Dari segi susun atur dan kawalan kelas juga dapat dipantau oleh guru kerana semasa pengaplikasian kaedah tayangan video ini dijalankan di dalam kelas
kedudukan meja dan kerusi yang teratur dan kesan audio dan visual lebih baik telah memberi kesan yang lebih positif.

Jika dilihat dari rakaman video yang dilakukan oleh guru, pengkaji mendapati terdapat perubahan tingkah laku terhadap pelajar tersebut terutamanya dari segi tumpuan yang diberikan semasa sesi P&P dijalankan. pelajar dilihat lebih mudah memahami topik yang di sampaikan oleh guru mereka. Dari mimik muka juga dapat mengambarkanbahawa mereka berasa seronok dan teruja dengan aktiviti tayangan video dan ini secara langsug dapat memupuk minat mereka terhadap topik yang diajarkan walaupun sebelum ini topik tersebut agak membosankan.

Hasil temubual yang dilakukan oleh guru juga menunjukkan respon positif dari pelajar. Kebanyakkan pelajar menyatakan rasa seronok mereka melalui aktiviti tayangan video kerana mereka lebih mudah faham dan ingat tentang topik yang di pelajari.


Refleksi:
Penggunaan kaedah tayangan video ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menarik diaplikasikan oleh guru terutamanya untuk mengajar topik-topik yang agak membosankan bagi pelajar seperti mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Sains dan sebagainya. Penggunaan video yang kreatif dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan perhatian dan dapat mengawal kelas dari keadaan bising ekoran tidak berminat dengan gaya pengajaran guru yang agak konvensional iaitu teknik syarahan. Dari kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini, dapat memberikan inspirasi kepada saya unutk mengubah corak pengajaran yang agak membosankan kepada gaya pengajatan yang lebih menarik dan dapat menarik perhatian pelajar supaya mengikuti sesi P&P dari awal hinggalah ke penghujung. Pencapaian objektif pengajaran juga amat penting dalam proses P&P kerana ia akan menentukan corak pengajaran guru tersebut boleh diguna pakai atau sebaliknya pada masa akan datang.